mymusolla.net » dalil
Khutbah Jumaat 23 Julai 2010 (Masjid Negara)
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
“KUASA PENGGUNA DI TANGAN KITA”
(23 JULAI 2010 / 11 SYA’BAN 1431H)
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Di kesempatan berada pada hari Jumaat dan pada bulan Sya’ban yang mulia ini, saya berpesan kepada diri saya dan kepada sidang Jumaat sekalian marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita memperolehi keberkatan dan keredhaan serta perlindungan Allah SWT di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah bertajuk: “KUASA PENGGUNA DI TANGAN KITA”
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Dalam kehidupan kita seharian kadangkala berlaku pertembungan kuasa antara pihak berkuasa, ahli perniagaan dan pengguna. Bagi pihak berkuasa pula ia bertanggungjawab mengawal harga dan menentukan keperluan asasi rakyat supaya tidak membebankan. Manakala matlamat utama ahli perniagaan dalam urusan jual beli ialah mendapat keuntungan dan mengelakan kerugian tetapi pengguna pula amat berharap barangan keperluan tidak membebankan mereka.
Bagaimanapun setiap kali berlaku putaran perubahan harga atau kenaikan harga barangan maka pihak penggunalah yang akan menerima kesannya. Perubahan-perubahan ini hakikatnya menjejaskan tanggungjawab ketua-ketua keluarga terutamanya golongan daif dalam usaha menyediakan makanan berkualiti dan yang berselera kepada ahli keluarga masing-masing.
Selain memikul perbelanjaan sara hidup yang semakin bertambah, kita sebagai pengguna juga menjadi gelisah kerana terdapat peniaga yang mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barang, menipu sijil halal, menyembunyikan barang supaya harga naik, mencampurkan barang yang elok dengan yang tidak elok, barang lama dengan barang baru dan menipu dalam membuat timbangan. Keadaan menjadi lebih buruk lagi kepada pengguna apabila berlaku perubahan harga terhadap keperluan asasi pengguna seperti beras, gula, gandum, petrol, diesel dan sebagainya.
Mengikut laporan sehingga Jun 2010 pihak berkuasa telah menerima sebanyak 4996 aduan daripada pengguna dimana ianya meliputi pelbagai isu dan masalah yang menimpa pengguna. Mimbar mengingatkan bahawa Islam mengharamkan sebarang bentuk eksploitasi, penipuan dan penindasan sebagaimana firman Allah dalam surah al-Mutaffifin ayat 1-5:
Maksudnya: “Kecelakaan besar bagi orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan). Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup, Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi Tidakkah mereka menyangka bahawa mereka akan dibangkitkan (hidup semula sesudah mati)? Pada hari (kiamat) yang amat besar (huru-haranya).”
Berdasarkan ayat al-Quran ini jelas Allah SWT amat murka dengan menyifatkan bahawa orang yang menipu dan mencekik leher pengguna termasuk golongan yang celaka. Abu Said al-Khudri berkata Rasulullah SAW bersabda “bahawa para penipu pada hari kiamat kelak akan diletakkan bendera pada punggungnya”. Hadis ini juga menunjukkan bahawa penipu adalah orang yang paling dibenci dalam masyarakat manusia. Tidak ada manusia yang suka dirinya ditipu, malah penipu itu sendiri pun marah jika dirinya ditipu oleh orang lain.
Persoalan besar timbul ialah bagaimana para jemaah, umat Islam dan pengguna sekalian mampu mempertahankan diri dan menentukan perubahan harga barangan yang sentiasa naik tidak menjejaskan kualiti hidup keluarga kita ini.
Mimbar amat yakin pilihan terbaik untuk berhadapan dengan kenaikan harga barang ialah berbelanja mengikut kemampuan. Kita perlu megukur dan membuat kajian tentang pendapatan dan selok belok perbelanjaan kita seharian. Kita perlu menjadi pengguna yang bijak bagi mengenalpasti keperluan harian sebenar, manfaat yang diperolehi, kenalpasti maklumat barangan yang hendak dibeli. Sesiapa sekalipun apabila berbelanja tanpa mengira pendapatan yang ada, tidak mengambil kira keupayaan simpanan yang ada, maka akan menyulitkan pengurusan ekonomi dan kewangan rumah tangga kita.
Satu lagi pendekatan penting untuk mempertahankan diri menghadapi putaran kenaikan harga barang ialah mengelakan amalan pembaziran atau bersifat boros. Pembaziran adalah merujuk kepada perbelanjaan harta yang tidak kena pada tempatnya, tidak selari dengan pendapatan. Firman Allah SWT dalam surah al-Israa’, ayat 27:
Maksudnya : “Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.”
Allah SWT menyifatkan orang membazir dan boros adalah saudara syaitan keranan pembaziran akan memusnahkan dan menghalang agihan peruntukan kepada pihak lain yang berhak dari lebihan yang terbuang atau aktiviti boros itu. Golongan yang daif sepatut mendapat hak tetapi terbiar kerana haknya dibuang melalui amalan pemborosan.
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Sebagai pengguna kita perlu bertindak secara bersepadu dan bergerak seiring agar kekuatan pengguna terserlah, kuasa pengguna menjadi nyata dan disegani. Hakikatnya kuasa pengguna di tangan kita. Kita mempunyai hak yang perlu dihormati. Antara hak-hak penguna itu ialah,
pertama: hak untuk mendapatkan keperluan asasi mengikut harga sewajarnya
kedua: hak untuk membuat pilihan
ketiga: hak untuk mendapat maklumat barangan
keempat: hak untuk mendapat ganti rugi
kelima: hak untuk mendapat perkhidmatan dan barangan selamat
keenam: hak untuk menyuarakan pendapat
ketujuh:hak untuk mendapat pendidikan pengguna
kelapan: hak untuk menikmati alam sekitar yang bersih dan selamat.
Kerana itulah mimbar menyeru kepada semua pengguna marilah sama-sama kita bersatu suara, bersatu tenaga agar hak-hak kita ini menjadi satu kenyataan dan dihormati oleh semua pihak.
Mimbar amat yakin mengingatkan dalam kita menyusun dan mengendali kegiatan perniagaan, kita perlu berwaspada, agar ianya dilaksanakan berdasarkan semangat Islam yang berpandukan panduan prinsip al-adl wal ihsan – iaitu menghayati semangat keadilan dan muafakat di samping prinsip tidak memudaratkan. Amalan yang berasaskan prinsip ini akan sentiasa mengingati balasan daripada Allah di atas setiap kesalahan seperti dengki mendengki, mementingkan diri sendiri dan segala bentuk penyelewengan atau perkara-perkara yang menzalimi dan merugikan pihak-pihak tertentu. Jadilah seperti Abdul Rahman bin Auf seorang peniaga yang berjaya tetapi tidak pernah meninggalkan solat dan hubungannya dengan Allah SWT. Umar al-Khattab RA pernah berkata: “Aku hendak mati ketika jihad fisabilillah dan kalau tidak dapat, aku mahu mati ketika sedang berniaga”.
Mengakhiri khutbah, bersempena dengan Sambutan Bulan Pengguna Kebangsaan 2010 yang bertemakan : Kuasa Penguna, Satu penguna satu suara, mimbar menyeru marilah sama-sama kita mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan berbelanja mengikut kemampuan, berjimat cermat, elak pembaziran, menjauhi penipuan dan pastikan rezeki dan makanan kita adalah halal. Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT. dalam surah an-Nisaa’ ayat 29:
Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamu.”
Subscribe to the comments for this post?
Share this on del.icio.us
Digg this!
Post this on Diigo
Share this on Facebook
Post on Google Buzz
Email this to a friend?
Add this to Mister Wong
Share this on Mixx
Share this on Reddit
Stumble upon something good? Share it on StumbleUpon
Share this on Technorati
Tweet This!
Khutbah Jumaat 9 Julai 2010 (Masjid Negara)
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
“WAWASAN SIDRATUL MUNTAHA”
(9 JULAI 2010 / 26 REJAB 1431H)
Muslimin yang di Rahmati Allah,
Di kesempatan berada pada hari Jumaat dan pada bulan Rejab yang mulia ini, saya berpesan kepada diri saya dan kepada sidang Jumaat sekalian marilah sama-sama kita mengukuhkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita dan keluarga kita berjaya menjadi insan soleh serta mendapat perlindungan Allah SWT di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah bertajuk: “WAWASAN? SIDRATUL MUNTAHA”
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Kini kita berada dipenghujung bulan Rejab, mengingatkan kita satu mukjizat teragung iaitu peristiwa Isra’ Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab setahun sebelum Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah. Dalam peristiwa ini, atas kekuasaan dan kehendak Allah SWT, Nabi Muhammad SAW diiringi malaikat Jibril diperjalankan pada waktu malam hari, berangkat dari masjidil Haram di Makkah menuju ke Masjidil Aqsa di Baitul Muqadis di Palestin dan kemudiannya diangkat mengadap Allah SWT di Sidratul Muntaha. Kalau mengikut perkiraan moden hari ini, peristiwa ini berlaku dalam tempoh satu malam iaitu kira-kira 12 jam.
Firman Allah SWT dalam surah al-Israa’ ayat 1:
Bermaksud: “Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya, untuk diperlihatkan kepadanya tanda kekuasaan Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”.
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Tugas utama Nabi Muhammad SAW dan Rasul adalah untuk membina diri manusia supaya berakhlak mulia dan beramal soleh. Pembangunan diri manusia, pembangunan insan adalah menjadi tonggak segala pembangunan yang lain. Persoalan besar timbul ialah bagaimanakah manusia itu boleh membangunkan akhlak yang mulia?. Inilah yang perlu difahami dan dipelajari dalam peristiwa Isra’-Mikraj . Dalam peristiwa Isra’ Mikraj Nabi Muhammad SAW telah dibawa untuk melihat projek dan program Allah samada yang nyata atau ghaib yang terdapat di bumi dan di tujuh lapis langit serta di Sidratul Muntaha. Bagaimana pun projek terbesar dalam mukjizat ini ialah program Nabi Muhammad SAW mengadap Allah SWT di Sidratul Muntaha.
Sekali lagi timbul persoalan apakah hakikat Sidratul Muntaha ini?. Tidak banyak dalil yang menjelaskan tentang hakikat Sidratul Muntaha. Bagaimanapun menurut sebahagian ulama’, Sidratul Muntaha ini ialah satu planet lain iaitu berada di atas langit ketujuh yang berdekatan dengan syurga. Malaikat dan manusia pun tidak boleh memasuki ke Sidratul Muntaha kecuali Nabi Muhammad SAW.
Dalam peristiwa Isra’ Mikraj ini malaikat Jibril mengiringi Nabi Muhammad SAW hingga ke langit ketujuh sahaja dan baginda bersendirian naik ke Sidratul Muntaha mengadap Allah SWT. Tujuh lapis langit yang sering disebut dalam al-Quran bukanlah lapisan awan biru yang menutupi di atas bumi kita ini. Menurut ulama’ lapisan tujuh langit itu adalah merujuk kepada lapisan yang merangkumi cakerawala, bintang-bintang, planet-planet dan kumpulan-kumpulan gas yang berada di angkasa lepas.
Di Sidratul Muntaha ini Rasulullah dapat melihat wajah asli malaikat Jibril yang mempunyai 600 sayap dan melihat Allah SWT. Menurut ahli tafsir seperti Ibnu Kathir, menyatakan Nabi Muhammad melihat Allah secara mata hati dan menerima perintah melaksanakan program solat fardhu 5 waktu sehari semalam secara terus dari Allah SWT. Sebelum ini solat fardhu hanya 2 kali sehari semalam iaitu Subuh dan Maghrib atau Isya’. Inilah rahsia terbesar Allah SWT memanggil mengadap Rasulullah SAW di Sidratul Muntaha. Manakala perintah melakukan ibadah-ibadah wajib yang lain disampaikan Allah melalui malaikat Jibril.
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Berdasarkan projek Allah di Sidratul Muntaha ini jelas bahawa solat fardhu lima waktu adalah program mega atau program raksaksa yang Allah fardhukan kepada umat Islam. Solat fardhu menjadi program mega kerana ia menjadi ibu segala amal ibadah, wajib dilaksanakan samada semasa sihat atau sakit, menjadi tonggak kekuatan agama, menggugurkan segala dosa dan menyelamatkan azab kubur. Selain itu kualiti solat ini juga akan menentukan kualiti pelaksanaan ibadah-ibadah yang lain.
Terdapat perkaitan yang kuat bahawa jika seseorang itu lemah melaksanakan solat, maka ibadah yang lain pun mempunyai tahap yang sama. Berdasarkan perkaitan inilah maka amalan solat adalah amalan yang dapat mencegah berlakunya kemungkaran kepada seseorang itu. Firman Allah dalam surah al-Ankabut Ayat 45 :
Maksudnya : “Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan” .
Jika solat itu dibuat secara lalai maka ia boleh mendatangkan musibah dan memberi kesan buruk terhadap kelakuan seseorang. Firman Allah dalam surah al-Maa’un, ayat 5:
Maksudnya: “Maka kecelakaan besar bagi orang yang solat. (Iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan solatnya.”
Apa yang dimaksudkan lalai di sini ialah, mereka yang melakukan solat tidak menyedari bilangan rakaatnya, malas melakukan solat sehingga bertangguh-tangguh kerana mengutamakan pekerjaan lain, terburu-buru melakukan solat dan tidak merasai nikmat melakukan solat di awal waktu. Memandangkan solat ini adalah projek mega, maka pelaksanaan solat hendaklah dilaksanakan secara khusuk mengikut peraturan tertentu. Solat yang hakiki akan melindungi seseorang daripada melakukan perbuatan berdosa. Solat yang hakiki adalah solat yang dilakukan secara khusyuk.
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Walaupun kita tidak dapat bertemu dengan Allah SWT seperti yang dialami oleh Nabi Muhammad? SAW tetapi berdasarkan wawasan Sidratul Muntaha ini kita dapat bertemu dan berhadapan dengan Allah SWT di dalam solat dengan syarat, pertama: hati kita sepenuhnya mengingati Allah dengan menghindari dari penyakit syahwat atau bisikan duniawi kedua: hati kita sentiasa mengagungkan Allah SWT dan merasa Allah sentiasa melihat diri kita dan ketiga: hati kita sentiasa meresapi makna-makna ayat al-Quran yang di baca dalam solat.
Menurut Imam Ghazali, antara amalan untuk membentuk solat yang khusyuk ialah, memastikan sumber rezeki itu adalah halal, mendirikan solat seolah-olah akan menghadapi kematian besok, mendirikan solat pada awal waktu, memahami pengertian bacaan dalam solat, mengambil wudhu’ dengan sempurna dan pakaian bersih, serta memiliki sifat? malu kepada Allah SWT jika perlaksanaan solat itu tidak sempurna.
Berdasarkan pemerhatian mimbar, akhlak yang kurang baik yang dideritai oleh segolongan umat Islam kini berpunca daripada solatnya tidak khusyuk menyebabkan mereka masih melakukan perbuatan keji. Mereka ini melakukan solat tetapi masih juga melakukan perbuatan berdosa.
Sidang Jumaat Yang dirahmati Allah,
Serangan gejala sosial dalam pelbagai bentuk di negara ini menyebabkan kita kadangkala hilang pedoman untuk mengatasinya. Mimbar amat yakin pelaksanaan solat yang khusyuk berupaya menjadi benteng, mengukuhkan kekuatan akidah dan akhlak anak-anak kita dalam menghadapi serangan gejala sosial ini. Oleh itu sempena memperingati peristiwa Isra’ Mikraj sebagai mukjizat yang besar ini, maka mimbar menyeru para jemaah dan umat Islam sekalian, marilah kita melaksanakan ibadah solat dengan khusyuk dan sempurna agar ia mampu membangunkan anak-anak dan keluarga kita menjadi insan yang soleh selari dengan wawasan Sidratul Muntaha.
Sebagai renungan bagi menilai kualiti solat kita, marilah sama-sama kita menghayati firman Allah SWT dalam surah an-Nisaa’, ayat 142:
Maksudnya : “Sesungguhnya orang munafik itu melakukan tipu daya terhadap Allah, dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka. Mereka pula apabila berdiri hendak solat, mereka berdiri dengan malas. Mereka riak kepada manusia, dan mereka pula tidak mengingati Allah melainkan sedikit sekali.”
Subscribe to the comments for this post?
Share this on del.icio.us
Digg this!
Post this on Diigo
Share this on Facebook
Post on Google Buzz
Email this to a friend?
Add this to Mister Wong
Share this on Mixx
Share this on Reddit
Stumble upon something good? Share it on StumbleUpon
Share this on Technorati
Tweet This!
Khutbah Jumaat 16 Julai 2010 (Masjid Negara)
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
“HIDUP BERKELUARGA SATU IBADAH”
(16 JULAI 2010 / 4 SYA,BAN 1431H)
MUSLIMIN YANG DIRAHMATI ALLAH,
Bersempena dengan perhimpunan kita untuk menunaikan fardhu Jumaat pada hari ini marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kehidupan kita beroleh kebahagian di dunia dan kesejahteraan di akhirat yang kekal abadi, insya-Allah. Tajuk khutbah pada hari ini ialah: HIDUP BERKELUARGA SATU IBADAH.
MUSLIMIN YANG DIRAHMATI ALLAH,
Budaya berzina terus menjadi isu panas di negara ini kerana sering dikaitkan dengan kes-kes pengguguran kandungan, pembahagian kondom percuma, pil pencegah hamil percuma, pembuangan bayi, rasuah seks dan pembunuhan. Walaupun budaya keji  ini dibenci oleh semua agama tetapi hanya Islam sahaja yang mengenakan hukuman yang paling berat kepada penzina iaitu direjam sampai mati jika pernah berkahwin dan disebat 100 kali jika dilakukan oleh mereka yang belum pernah berkahwin. Hukuman keras yang dikenakan oleh Islam ini amat waras kerana perbuatan berzina adalah perbuatan yang menjatuhkan harga diri manusia serta melahirkan status nasab atau keturunan hina yang berpanjangan.
Pada hari Jumaat yang mulia ini mimbar mengingatkan bahawa pergaulan bebas adalah punca utama penzinaan. Ketahuilah bahawa seorang lelaki yang mendekati wanita pada dasarnya ia telah mendekati pintu perzinaan. Seorang lelaki yang memberi tumpuan penuh pandangan kepada wanita bererti ia telah mendekati perzinaan. Begitu pula dengan mereka yang senang melayari gambar-gambar porno di internet, menonton video lucah adalah mendorong kepada perzinaan. Termasuk juga orang yang sudah bertunang dan menyangka bahawa setelah bertunangan ia boleh melakukan apa saja terhadap calon isteri adalah bercanggah dengan ajaran Islam. Firman Allah dalam surah al-Israa? ayat 32:
Yang bermaksud: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat.”
Kita perlu ingat bahawa orang yang berzina akan menerima azab siksa yang sangat pedih di neraka Jahannam. Kepanasan api neraka adalah 70 kali ganda kepanasan api yang ada di atas dunia ini. Dalam beberapa hadith disebutkan di akhirat kelak, Allah SWT tidak menegurnya, tidak menyapanya dan tidak memandangnya. Ketika perbuatan berzina berleluasa dan pintu-pintu menuju perzinaan juga terbuka luas yang kelihatan sukar disekat, maka ketahuilah bahawa musibah bersiap sedia datang menerpa kita. Seberapa dekat kita dengan pinti-pintu menuju perzinaan, sedekat itu pulalah musibah yang akan diturunkan oleh Allah SWT. Musibah mungkin tidak menimpa diri kita tetapi akan menimpa anak cucu kita misalnya turut terjebat dengan amalan perzinaan.
Nafsu seks adalah fitrah anugerah Allah SWT kepada manusia untuk mewujudkan kasih sayang dan mendapatkan ketenangan dalam kehidupan. Bagaimana pun perlepasaan dan pembebasan  hawa nafsu hendaklah dilakukan secara halal iaitu melalui perkahwinan yang sah.
Hadith dari Muslim meriwayatkan Abu Zarr al-Ghifari berkata Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya setiap kali seseorang itu bertakbir adalah satu sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, menyeru yang makruf itu adalah sedekah, dan menghalang yang munkar juga sedekah, melakukan hubungan kelamin suami isteri juga adalah sedekah?. Lalu kami bertanya kepada Rasulullah, adakah kami mendatangi isteri-isteri kami baginya mendapat pahala?. Rasulullah bersabda Tidakkah kamu sedar jika melakukan syahwat kepada yang haram itu berdosa, maka sebaliknya bila melakukan perbuatan yang halal itu pastilah berpahala”.
Para sahabat RA apabila mendengar sabda Rasulullah itu agak terkejut kerana mereka tidak terfikir sebelum itu dan agak pelik juga. Lantaran itu mereka pun segera menyusulkan pertanyaan kepada Rasulullah dengan kehairanan: Melakukan hubungan kelamin antara suami isteri pun diberi pahala?.
Rasulullah SAW menjelaskan dengan mudah, jika seseorang melakaukan zina maka mereka berdosa, dimasukkan ke dalam neraka kerana persetubuhan haram. Tentulah tidak adil jika tidak diberi pahala bagi seseorang yang berusaha melakukan pernikahan yang halal bagi menghindarkan dari melakukan zina. Jika orang yang berzina itu menerima padah masuk neraka maka logiknya orang yang melakukan persetubuhan halal itu diberi pahala dan seterusnya memasuki syurga Allah.
Hubungan kelamin suami isteri itu seperti juga makan minum, hukum asalnya adalah harus. Maka setiap yang harus itu untuk menjadikan dia sebagai sesuatu ibadah yang berpahala hendaklah disertai dengan niat, menjaga adab-adab hubungan kelamin seperti  janganlah mendatangi isteri kamu seperti seekor binatang yang menerkam mangsanya, tidak mengadakan hubungan kelamin pada waktu haid, nifas dan sebagainya. Tidak mencerita atau merakam apa yang berlaku semasa hubungan kelamin serta menjaga kemaluan masing-masing.
SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,
Selari dengan hidup berkeluarga itu satu ibadah, maka pada dasarnya hukum  perkahwinan yang ditetapkan Islam adalah tidak membebankan. Berdasarkan hadith-hadith Rasulullah  bahawa sekurang-kurangnya majlis walimah atau kenduri kahwin adalah menyembelih seekor kambing, kadar mas kahwin dan hantaran yang  rendah adalah dituntut kerana membawa keberkatan dalam perkahwinan dan perlu mengelakkan pembaziran.
Bagaimana pun kerana mempertahankan adat, menjaga status dan perbuatan menunjuk-nunjuk, maka menyebabkan perbelanjaan mas kahwin, hantaran dan kenduri kendara melambung tinggi. Walaupun menjaga adat atau status ini memberi kepuasan kepada ibubapa tetapi ia amat membebankan anak-anak kita, mereka memikul beban hutang atau kemungkinan mereka menagguhkan perkahwinan yang akhirnya membuka laluan melakukan perzinaan, mengandung anak luar nikah dan membuang bayi.
Sekali lagi mimbar menyeru ibubapa dan jemaah sekalian marilah kita mengikut sunnah dan bersederhana dalam melaksanakan majlis perkhwinan, agar dengan pendekatan ini tidak akan membebankan mana-mana pihak dalam membina ikatan perkahwinan serta mengelak dari kancah kemaksiatan. Jadikanlah hidup berkeluarga sebagai satu ibadah yang sentiasa di rahmati Allah SWT.
Mengakhiri khutbah pada minggu ini marilah sama-sama kita merenung firman Allah dalam surah al-Ruum, ayat 21:
Maksudnya: “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu, isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dengannya, dan dijadikan di antara kamu perasan kasih sayang. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang yang berfikir”.
Subscribe to the comments for this post?
Share this on del.icio.us
Digg this!
Post this on Diigo
Share this on Facebook
Post on Google Buzz
Email this to a friend?
Add this to Mister Wong
Share this on Mixx
Share this on Reddit
Stumble upon something good? Share it on StumbleUpon
Share this on Technorati
Tweet This!
Khutbah Jumaat 2 Julai 2010 (Masjid Negara)
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
“KEGAWATAN DI PADANG MAHSYAR”
(2 JULAI 2010 / 19 REJAB 1431H)
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Di kesempatan berada pada hari Jumaat dan di atas masjid yang mulia ini, saya berpesan kepada diri saya dan kepada sidang Jumaat sekalian marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita memperolehi keberkatan dan keredhaan serta perlindungan Allah SWT di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah bertajuk: “KEGAWATAN DI PADANG MAHSYAR”
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Makhluk dan alam luas ciptaan Allah SWT akan tiba masanya menempuh saat kemusnahan dan kehancuran. Lihatlah tumbuh-tumbuhan yang menghijau di sekeliling kita akhirnya akan kuning layu, besi yang keras akan berkarat dan menjadi reput, makanan dan lauk pauk yang segar menjadi basi, anak-anak remaja akan pudar kejelitaan dan ketampanannya dimamah oleh usia tua, akhirnya menemui ajal. Dunia yang kita duduki dan diami pada hari ini pun juga semakin tua. Suasana yang berlaku ini bukanlah terjadi secara kebetulan tetapi suatu perkhabaran dan petanda-petanda awal bahawa seluruh ciptaan Allah SWT akan menemui ajalnya pada suatu detik yang dinamakan kiamat.
Tiupan sangka kala pertama bermulanya kiamat. Manakala tiupan sangka kala yang kedua menandakan kebangkitan manusia yang mati sejak zaman nabi Adam AS sehingga manusia terakhir ketika berlaku kiamat. Roh dan tubuh badan manusia yang berpisah ketika di alam barzakh bercantum semula hingga lengkap seperti tubuh kita sebelum mati untuk menghadapi hari pengadilan. Kedahsyatan kiamat ini dijelaskan oleh Allah SWT dalam Surah at-Takwir ayat 1-3:
Maksudnya: “Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap). Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak Dan apabila gunung-ganang diterbangkan ke angkasa (setelah dihancurkan menjadi debu.”
Kebangkitkan semula manusia selepas kiamat akan dihimpunkan di suatu tempat yang dipanggil “Padang Mahsyar” untuk menghadapi perbicaraan atau timbangan amalan yang dikerjakan semasa hidup di dunia. Setiap sudut Padang Mahsyar penuh sesak dengan manusia dan jin untuk bersama-sama mengharungi hari hisab. Menurut Imam Ghazali: Padang Mahsyar itu suatu dataran bumi yang maha luas, saujana mata memandang yang keluasannya tidak dapat dihitung dengan ilmu manusia, keadaan bumi yang putih dan rata, tiada gunung ganang dan tiada pokok kayu untuk dijadikan tempat berteduh.
Pada dataran putih yang maha luas itulah manusia yang baru dibangkitkan semula dihalau kesana seperti binatang ternakan yang keluar dari kandangnya atau seperti kanak-kanak yang baru lahir, dengan keadaan berkaki ayam dan bertelanjang bulat tanpa pakaian. Dalam keadaan terlalu gawat menghadapi cabaran Mahsyar itu manusia terlupa dirinya tidak berpakaian kerana memikirkan bagaimana hendak menyelamatkan diri masing-masing.
Abu Hurairah RA berkata beliau mendengar Rasulullah SAW berpidato di hadapan para sahabat bahawa manusia di Padang Mahsyar akan dibangkitkan kelak dalam tiga bentuk,
Pertama: manusia yang dibangkitkan dengan keadaan kenderaan sudah tersedia untuk membawa mereka
Kedua: manusia yang berjalan kaki
Ketiga: manusia yang berjalan dengan mukanya tertungging ke tanah.
Di gambarkan juga suasana hiruk-pikuk dan kucar-kacir yang menyelubungi manusia ketika berada “di bumi al-Mahsyar “, masing-masing sibuk dengan hal tersendiri. Ada yang berjalan, ada yang merangkak-rangkak dan bermacam-macam lagi dalam suasana panas cahaya matahari yang berada hanya sejengkal di atas kepala manusia pada masa itu. Ada sesetengah manusia ditenggelami dengan peluh yang banyak dan berbau busuk ?bergantung kepada tahap amalan semasa di dunia.
Ketika sedang terlalu dahaga, datang malaikat Zabaniah membawa air untuk ahli Mahsyar. Pada mulanya ahli Mahsyar amat gembira tetapi malangnya air itu tersangat panas sehingga apabila mangkuk air itu didekatkan ke bibir maka daging bibir itu luruh berguguran kerana air terlalu panas.
Persoalan besar timbul di kalangan ahli di Padang Mahsyar ialah berapa lama mereka mesti berada di dataran Mahsyar itu?, tidak siapapun yang tahu. Ada pendapat mengatakan berada di Padang Mahsyar itu selama 300 tahun mengikut tahun akhirat. Perit derita di alam Mahsyar itu mereka? sudah merasa terlalu lama berada di situ, dalam tangis dan keluhan yang tidak henti-henti. Namun mereka tetap dalam keadaan membisu tanpa sepatah kata, tidak tahu hendak mengadu kepada siapa.
Dalam keletihan yang tidak terhingga dan rasa lapar serta dahaga yang menghiris kerana sengsara ratusan tahun di Padang Mahsyar, tanpa ada sebutir makanan atau setitik air, maka kedengaran di kalangan mereka yang berkata, “Tidak adakah di kalangan kita yang boleh mengadu dengan Tuhan agar disegerakan hukuman?”. Ada juga supaya cadangan mendapatkan syafaat atau pertolongan daripada nabi Muhammad SAW. Ketika dalam keadaan gawat inilah baru teringat kepada nabi Muhammad SAW sedangkan semasa di dunia langsung tidak mempedulikan ajaran Rasulullah SAW, malah memperlekehkan Rasulullah SAW.
Walaupun tidak ada pohon untuk memberi perlindungan dari bahan panas terik tetapi Allah SWT menyediakan bayang Arasy yang redup. Mereka yang mendapat naungan Arasy itu antaranya ialah golongan al-Muqarrabun iaitu orang yang dekat dengan Allah SWT. Golongan al- Muqarrabun itu ialah merujuk kepada mereka semasa hidupnya di dunia sentiasa patuh arahan Allah SWT serta meninggalkan perkara yang dilarang Allah samada dalam soal akidah atau syariah.
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Yakinlah bahawa setiap manusia di Padang Mahsyar nanti akan melalui perbicaraannya , disoal dan diperiksa satu persatu, tidak akan terkecuali sesuatu pun dari hidupnya di dunia sekalipun yang sulit dan tersembunyi. Bahkan semua anggota dan bahagian-bahagian tubuh yang kecil pun ditanya akan apa yang telah dilakukan. Rasulullah SAW bersabda:
Bermaksud:“Tidak berganjak kedua kaki seseorang dari tempat berdirinya di mahkamah?Tuhan pada hari qiamat sehingga ia disoal empat perkara: tentang umurnya pada perkara apakah ia habiskan dan tentang masa mudanya untuk apa digunakan dan tentang harta?bendanya dari manakah ia dapati dan pada perkara apakah ia belanjakan dan juga tentang apa amalan yang telah dilakukan sesuai dengan apa yang telah diketahuinya?”(At-Tirmizi)
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Mengakhiri khutbah pada minggu ini, mimbar menyeru para jemaah dan umat Islam sekalian insaflah dan sedarlah bahawa kegawatan dan kesengsaraan di Padang Mahsyar amat dahsyat yang memakan masa ratusan tahun. Marilah kita semasa masih sihat, bertenaga dan ada peluang yang terbuka ini, untuk melakukan muhasabah diri, sentiasa bertaubat kepada Allah SWT dan membuat penilaian prestasi amalan setiap hari apakah amalan dan tingkah laku kita dengan Allah SWT dan hubungan sesama manusia selari dengan al-Quran dan as-Sunnah. Muhasabah ini penting supaya buku rekod catatan amalan akan menunjukkan amalan yang cemerlang di Padang Mahsyar dan digolongkan sebagai kumpulan al-Muqarabbun.
Buku rekod amalan yang baik akan diberi melalui tangan kanan. Manakala mereka yang mempunyai buku rekod yang penuh dengan dosa maka buku rekod diberi melalui tangan kiri.
Sebagai renungan marilah sama-sama kita menghayati firman Allah SWT dalam surah Ibrahim ayat 42-43:
Maksudnya: “Dan janganlah engkau menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang yang zalim, sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka. Mereka terburu-buru sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata tidak berkelip, dan hati mereka tidak bersemangat kerana bingung dan cemas.”
Subscribe to the comments for this post?
Share this on del.icio.us
Digg this!
Post this on Diigo
Share this on Facebook
Post on Google Buzz
Email this to a friend?
Add this to Mister Wong
Share this on Mixx
Share this on Reddit
Stumble upon something good? Share it on StumbleUpon
Share this on Technorati
Khutbah Jumaat 25 jun 2010 (Masjid Negara)
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
“PERGI TIDAK AKAN KEMBALI”
(25 JUN 2010 / 12 REJAB 1431H)
Muslimin yang di Rahmati Allah,
Di kesempatan berada pada hari Jumaat dan di atas masjid yang mulia ini, saya berpesan kepada diri saya dan kepada sidang Jumaat sekalian marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita memperolehi keberkatan dan keredhaan serta perlindungan Allah SWT di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah bertajuk: “PERGI TIDAK AKAN KEMBALI”
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Sebagai seorang Islam yang berpegang kepada al-Quran dan hadith, kita mempercayai bahawa kehidupan, kematian dan kehidupan selepas mati adalah peringkat kewujudan yang wajib dilalui oleh semua manusia. Dalam peringkat kehidupan kita, di dunia, jarang umur manusia melebihi 100 tahun tetapi puratanya? mencapai umur antara 60 hingga 80 tahun . Umur pendek atau panjang tidak menjadi persoalan kerana akhirnya manusia pasti mati. Bagaimana sihat seseorang, bagaimana megah kuasa dan kayanya, namun manusia pasti mati dan meninggalkan dunia fana ini. Malah para nabi, rasul iaitu manusia yang paling dekat dengan tuhan, bahkan manusia yang menjadi kekasih Allah SWT pun tidak dapat lari dari kematian, menghadapi alam barzakh dan hari penghakiman di padang Mahsyar. ?Firman Allah SWT dalam surah an-Nisaa? ayat 78:
Maksudnya: “Di mana sahaja kamu berada, pasti mati mendatangi kamu, sekalipun kamu bersembunyi di atas mahligai atau benteng yang paling kuat”.
Setiap manusia pasti mati kerana mati bermakna manusia kembali kepada asal kejadiannya. Ia berasal dari tanah, maka pastilah ia akan kembali menjadi tanah agar menjadi peringatan kepada manusia. Persoalan mati adalah suatu kejadian yang paling hebat, suatu kejadian yang tidak dapat dielakkan. Bila seseorang manusia itu mati, ia dikatakan kiamat kecil berlaku pada diri manusia kerana jasadnya menjadi busuk, dimakan cacing, tulang belulang menjadi hancur lebur kembali menjadi tanah dan roh telah keluar dari badan manusia. Rohlah yang menyebabkan kita hidup, boleh mendengar, melihat, berakal, merasai dan berfikir.
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Kubur atau alam barzakh adalah sebagai tempat permulaan alam akhirat. Sebagaimana kesukaran manusia menghadapi keperitan saat nazak kematian, maka jenazah juga sekali lagi menghadapi kesukaran siksaan kubur di alam barzakh. Sebaik sahaja ahli keluarga dan sahabat handai selesai mengkebumikan dan dalam perjalanan pulang ke rumah maka dalam suasana yang gelap gelita dua malaikat iaitu Munkar dan Nakir datang menghampiri dan mendudukkan jenazah. Bagi jenazah yang beriman dan berbekalkan amal soleh serta ketakwaan yang unggul maka alam barzakh adalah suatu kerehatan yang damai. Tetapi bagi jenazah yang ingkar, sarat dengan beban dosa kerana melanggar perintah Allah SWT, maka alam barzakh adalah episod ngeri yang dipenuhi gelombang azab sengsara hingga datangnya hari kiamat. Mereka berkeadaan seperti orang yang lemas dalam air yang meraung meminta pertolongan.
Mimbar mengingatkan jemaah dan umat Islam sekalian bahawa pada akhir zaman ini, semakin kurang atau amat sedikit dari kalangan manusia yang bercakap tentang kematian, alam berzakh dan Mahsyar, kerana manusia sedang sibuk dengan pembangunan kerjaya dan kelazatan kehidupan dunia. Akhirnya mereka terkejut besar apabila malaikat Izrael ?datang dengan mencabut nyawanya. Saididna Ali RA pernah berkata, “Bahawa manusia tidur lena, apabila kematian tiba baru dia terjaga dari tidurnya. Demikianlah orang yang tidak mengingati mati itu sentiasa dalam keadaan lalai atau bagaikan orang yang tertidur dia akan terkejut bila kematian datang secara mendadak”.
Kesibukan mencari keseronokan dan kelazatan dunia merupakan penyumbang terbesar kelalaian manusia mengingati mati dan membuat persediaan menghadapi kematian. Sebagai contoh mereka yang terjebak dengan gejala sosial seperti penagih dadah sanggup melakukan apa saja termasuk mengambil ubat-ubat jalanan yang mengandungi dadah dan bahan-bahan terlarang yang tidak diluluskan oleh Kementerian Kesihatan bagi menambah lagi nikmat keseronokan. Perbuatan ini seolah-olah mengali lubang kubur sendiri.Mereka ini akan menanggung siksaan hidup dengan penyakit-penyakit kronik yang akhirnya membawa kepada kehancuran dan kematian.
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Berdasarkan kajian JAKIM terdapat kelompok ajaran sesat tidak menerima hakikat kematian pemimpinnya. Mereka sering mendakwa keajaiban pemimpin yang kadangkala lebih hebat dari Rasulullah SAW dan Khulafa al-Rasyidin. Dakwaan terbaru kumpulan ajaran sesat ini ialah pemimpin mereka yang silih berganti tidak akan mati sampai bila-bila, mereka hanya ghaib. Sebelum ini mereka mendakwa pemimpin mereka sering bertemu dan berbincang dengan Rasulullah SAW dalam keadaan sedar untuk menerima arahan baru dari Rasulullah SAW. Ketaksuban kepada pemimpin dengan mendewa serta memujanya menjadi salah satu ciri ajaran sesat. Pendewaan ini berterusan sehingga kematian pemimpin tersebut. Pernah berlaku diluar negara terdapat mayat pemimpin di awet untuk dikekalkan jasadnya seterusnya di dewa dan di puja. Firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 185:
Maksudnya: “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Maka sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan tiadalah kehidupan di dunia ini melainkan kesenangan yang memperdayakan“.
Menghadapi kematian pemimpin yang disayangi sememangnya amat perit dan sukar diterima. Kita perlu mencontohi sikap waras? Abu Bakar RA ketika berhadapan dengan kewafatan nabi. Beliau memujuk Umar al-Khattab RA yang masih terkejut dengan pemergian nabi SAW seraya berkata: ketahuilah, sesiapa yang menyembah Muhammad SAW, maka sesungguhnya Muhammad telah wafat. Sesiapa yang menyembah Allah, maka sesungguhnya Allah sentiasa hidup tidak akan mati.
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Persoalan tentang perkara ghaib misalnya mengenai kematian, alam barzakh, hari kiamat, syurga, neraka dan sebagainya adalah hak Allah SWT yang sama sekali tidak boleh dicerobohi oleh manusia atau malaikat. Islam menetapkan dasar akidah dan perkara ghaib adalah bersandarkan kepada dalil al-Quran dan hadith-hadith sahih. Dasar akidah yang bersumber qiyas, ilham manusia atau ramalan kosong seperti yang diamalkan oleh penegak ajaran sesat adalah ditolak. Para nabi dan malaikat yang mulia hanya dapat mengetahui sesetengah perkara ghaib setakat yang diizinkan oleh Allah SWT sahaja. Firman Allah SWT dalam surah al-Jinn ayat 26-27:
Maksudnya : “Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Ia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahui-Nya itu kepada sesiapa pun. Melainkan kepada sesiapa yang di redhai-Nya dari Rasul-Nya maka Ia mengadakan di hadapan dan di belakang mereka malaikat yang menjaganya”.
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Mengakhiri khutbah pada minggu ini, mimbar menyeru, insaflah dan sedarlah bahawa kematian merupakan perjalanan hidup yang tidak akan kembali lagi ke dunia yang fana ini. Kita sering bercakap tentang kematian rakan dan sahabat kita yang telah kembali menyahut seruan Ilahi. Bagaimanapun sayang sekali apakah kematian rakan-rakan kita itu telah menimbulkan keinsafan dan kesedaran untuk kita membuat persiapan serta menyediakan bekalan yang mencukupi menghadapi kematian yang pasti itu. Ingatlah dan sedarlah bahawa alam barzakh sentiasa menanti-nanti kehadiran kita dan sentiasa membuka pintunya untuk kita. Tidak kira di mana kita berada atau bila masanya kematian pasti mendatangi dan menjemput diri kita, Cuma persoalannya adakah kita sudah bersedia menghadapi kematian ini.
Sebagai renungan marilah sama-sama kita menghayati firman Allah SWT dalam surah Ali-Imran ayat 144:
Maksudnya: “Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul. Apakah kalau ia pula mati atau terbunuh, kamu berbalik ke belakang (murtad)? Dan sesiapa yang berbalik ke belakang maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikit pun dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu)”.
Subscribe to the comments for this post?
Share this on del.icio.us
Digg this!
Post this on Diigo
Share this on Facebook
Post on Google Buzz
Email this to a friend?
Add this to Mister Wong
Share this on Mixx
Share this on Reddit
Stumble upon something good? Share it on StumbleUpon
Share this on Technorati
Tweet This!