Pesanan Pentadbir Agama Islam Daerah Gombak

March 25, 2010 No Comments

Petikan dari Majalah SUARA PENAMAS
Diterbitkan oleh Persatuan Nazir dan Timbalan Nazir Masjid-Masjid Daerah Gombak Selangor
D/A Masjid Jamek Al-Amaniah, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-61837493 Faks : 03-61897493

PESANAN PENTING DARI PENTADBIR AGAMA ISLAM DAERAH GOMBAK
TUAN HAJI DAIM BIN JAJULI KEPADA PENGERUSI SURAU-SURAU

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa sejak kebelakangan ini terdapat surau yang dibina secara bersendirian dengan wang kutipan orang ramai, didirikan tanpa memaklumkan atau memnita kebenaran dari Jabatan Agama Islam Selang?r untuk tujuan tersebut. Menambahkan lagi masalah apabila surau tersebut siap dibina dan boleh digunakan, pihak pentadbir surau berkenaan memanggil orang tertentu, sama ada orang awam biasa atau orang plitik untuk merasmikan surau tersebut. Perbuatan ini adalah salah dan bertentangan dengan kuasa DYMM Tuanku Sultan Selangor yang menjadi Ketua Agama dalam Negeri Selangor. Urusan MERASMIKAN MASJID ATAU SURAU adalah dalam bidang kuasa DYMM Tuanku Sultan. Jika pihak pengurusan surau berkenaan ingin memangil orang lain selain dari DYMM SUltan, perkataan MERASMIKAN tidak boleh digunakan. Tetapi jika perkataan PELANCARAN SURAU BARU boleh diterima pakai. Dengan itu adalah diharapkan agar semua pengerusi surau dalam Daerah Gombak dapat mematuhi arahan ini supaya tidak timbul masalah di masa akan datang. Kerjasama dari semua Ahli Jawatankuasa Surau dalam Daerah Gombak amatlah diharapkan bagi menjaga Institusi Raja yang kita hormati mengikut perlembagaan negara. Terima kasih.

Tags: , , , , , , , , , , , , Pekeliling

Leave a Reply

(required)

(required)


PELANCARAN PROGRAM GERAKAN SUBUH

PELANCARAN PROGRAM GERAKAN SUBUH (Kempen Solat Subuh Berjemaah di Masjid & Surau ) Tarikh??? : 1 Ogos 2010 /...

Khutbah Jumaat 23 Julai 2010 (Masjid Negara)

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia “KUASA PENGGUNA DI TANGAN KITA” (23 JULAI 2010 / 11 SYA’BAN 1431H) Muslimin Yang di...

Khutbah Jumaat 9 Julai 2010 (Masjid Negara)

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia “WAWASAN SIDRATUL MUNTAHA” (9 JULAI 2010 / 26 REJAB 1431H) Muslimin yang di Rahmati Allah,...

Khutbah Jumaat 16 Julai 2010 (Masjid Negara)

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia “HIDUP BERKELUARGA SATU IBADAH” (16 JULAI 2010 / 4 SYA,BAN 1431H) MUSLIMIN YANG DIRAHMATI ALLAH,...

Khutbah Jumaat 2 Julai 2010 (Masjid Negara)

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia “KEGAWATAN DI PADANG MAHSYAR” (2 JULAI 2010 / 19 REJAB 1431H) Muslimin Yang di Rahmati...