Masjid Simpang Tiga Parit Sulong

January 8, 2009 No Comments

Penulis tiba di masjid ini dengan jam di tangan menunjukkan pukul 4.23 petang. Daripada jadual yang terpampang di dinding pintu masuk ke balai utama masjid, waktu masuk fardhu Asar bagi daerah Batu Pahat untuk hari ini ialah pada jam 4.40 petang. Penulis mengangkat hadas kecilĀ  dan masuk ke balai utama dan bersolat tahayatul masjid. Selesai penulis kerjakan solat sunat tersebut, seorang lelaki menghampiri dan menghulurkan salam. “Dari mana?” Tanyanya dengan wajah mesra. Lelaki berbaju melayu kuning dan berkain pelikat itu memperkenalkan dirinya sebagai Mohd Taib.

Sementara menunggu waktu Asar masuk, penulis berbual dengan pakcik Mohd Taib. Topiknya adalah berkisarkan masjid ini. Menurut kata pakcik Mohd Taib, masjid ini pernah dinaiki air ketika banjir. Mujurlah cuma paras lantai sahaja. Perbualan kami singkat sahaja, memandangkan masuk sahaja waktu solat Asar, pakcik Mohd Taib meminta diri untuk melaungkan bang Asar.

Selesai solat fardhu, penulis telah dipelawa oleh pakcik Mohd Taib untuk menikmati bubur lambok yang dikerjakan gotong royong oleh jemaah masjid. Bersempenakan Hari Asyura (10 Muharram) yang jatuh pada esok hari. Sambil menikmati bubur lambok yang masih hangat, penulis berbual-bual dengan jemaah yang sama-sama menikmati hidangan hari ini. Alhamdulillah.

Sedikit maklumat berkenaan masjid ini.

Nama masjid : Masjid Jamek Simpang Tiga Parit Sulong.
Lokasi : Daerah Batu Pahat, Johor. Lebih kurang 1.5 km dari persimpangan Jalan Besar/Jalan Muar/Jalan Simpang Lima (Parit Sulong).
Tarikh perasmian : 14 Jun 1986M / 6 Syawal 1406H.
Dirasmikan : Y.B.M. Tengku Razaleigh Hamzah.

Wassalam.

Parit Sulong, Batu Pahat, Johor Darul Takzim.
06 Januari 2009M / 09 Muharram 1430H

Tags: , , , , Ziarah

Leave a Reply

(required)

(required)


Khutbah Jumaat 2 Julai 2010 (Masjid Negara)

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia “KEGAWATAN DI PADANG MAHSYAR” (2 JULAI 2010 / 19 REJAB 1431H) Muslimin Yang di Rahmati...

Khutbah Jumaat 25 jun 2010 (Masjid Negara)

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia “PERGI TIDAK AKAN KEMBALI” (25 JUN 2010 / 12 REJAB 1431H) Muslimin yang di Rahmati...

Khutbah Jumaat 18 jun 2010 (Masjid Negara)

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia “PENGUKURAN KASIH SAYANG TERHADAP IBU BAPA” (18 JUN 2010 / 5 REJAB 1431H) Muslimin yang...

khutbah jumaat 11 jun 2010 (Masjid Negara)

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia “ SELAMATKAN PALESTIN “ (11 JUN 2010 / 28 JAMADILAKHIR 1431H) Sidang Jumaat Yang di...

khutbah jumaat 4 jun 2010 (Masjid Negara)

” SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG PEMACU ISLAM SECARA WASATIYYAH? “ ( 4 Jun 2010 / 21...