Masjid Jamek Pekan Parit Sulong

January 4, 2009 No Comments

Ziarah masjid kali ini dan yang mendahulukan catatan ialah Masjid Jamek Pekan Parit Sulong yang terletak di dalam daerah Batu Pahat, Negeri Johor Darul Takzim. Penulis tiba di masjid ini sekitar jam 9:30 pagi waktu tempatan.

Selepas bersolat tahayatul masjid di ruang luar masjid, seorang lelaki dalam lingkungan umur lewat 40-an melangkah masuk masjid. Penulis memberi salam dan bersalaman tanda hormat sesama islam. Dia tidak pula memperkenalkan diri, cuma sedikit berkerut dahinya apabila kami bersua tadi. Mungkin ada kemusykilan melihat aku yang menziarah masjid di luar waktu solat fardhu. Aku pun terlupa pada awalnya yang hari ini ialah Jumaat. Lelaki itu terus melangkah ke ruang utama masjid dan membuat kerja-kerja berkemas (vakum, cuci lantai dsb). Beberapa minit kemudian ada beberapa remaja yang menyertai kerja-kerja membersihkan dan membuat persediaan untuk solat Jumaat hari ini. Penulis berada disitu selama lebih kurang satu jam sebelum beredar.

Muar,
04 Januari 2009M / 07 Muharram 1430H

Selamat hari ulang tahun kelahiran buat Afiq Nur Amirul (01 Jan), Mohd Sapawi (2Ariff (02 Jan), semoga di dalam rahmat Alah S.W.T. sentiasa, insyaAllah.

Tags: , , Ziarah

Leave a Reply

(required)

(required)


PELANCARAN PROGRAM GERAKAN SUBUH

PELANCARAN PROGRAM GERAKAN SUBUH (Kempen Solat Subuh Berjemaah di Masjid & Surau ) Tarikh??? : 1 Ogos 2010 /...

Khutbah Jumaat 23 Julai 2010 (Masjid Negara)

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia “KUASA PENGGUNA DI TANGAN KITA” (23 JULAI 2010 / 11 SYA’BAN 1431H) Muslimin Yang di...

Khutbah Jumaat 9 Julai 2010 (Masjid Negara)

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia “WAWASAN SIDRATUL MUNTAHA” (9 JULAI 2010 / 26 REJAB 1431H) Muslimin yang di Rahmati Allah,...

Khutbah Jumaat 16 Julai 2010 (Masjid Negara)

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia “HIDUP BERKELUARGA SATU IBADAH” (16 JULAI 2010 / 4 SYA,BAN 1431H) MUSLIMIN YANG DIRAHMATI ALLAH,...

Khutbah Jumaat 2 Julai 2010 (Masjid Negara)

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia “KEGAWATAN DI PADANG MAHSYAR” (2 JULAI 2010 / 19 REJAB 1431H) Muslimin Yang di Rahmati...